Thursday, December 29, 2011

Empat Puteri di Pesta Buku MPH Alamanda, Putrajaya 31 Disember 2011



4 Puteri Jelita & Puteri Damia Muncul di Alamanda, Putrajaya

 
Tarikh: Sabtu. 31 Dec • 12pm - 1pm

Tempat: Pesta Buku MPH Alamanda, Putrajaya 
 

Penulis buku "Pengembaraan 4 Puteri" iaitu Izzah Huzairah, Umi Danial, Waida Yusof & Leen Shazmi bersama Ida Munira selaku penulis buku "Puteri Damia" akan membuat kemunculan di Alamanda, Putrajaya bagi menjayakan program bertemu peminat. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung. Jangan lepaskan peluang bertemu mereka di sana.


(Sumber: Berita PTS)

Hadiah Tahun Baru: Tim Best Kini Berwajah Baru

Hadiah Tahun Baru: Tim Best Kini Berwajah Baru

oleh Roziyah Mahamad • 30 Dec 2011 12:03 PM

Sempena tahun baru ini, PTS Pop Sdn Bhd membawakan hadiah terbaik kepada peminat buku fiksyen Sains kanak-kanak.

PTS Pop menampilkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dengan wajah baru yang lebih mengujakan pembaca.

Melalui grafik yang lebih menarik, berwarna-warni dan mengujakan ini, buku Eksperimen Pertama ini pastinya menjadi kegilaan kanak-kanak yang menggemari buku berbentuk fiksyen sains ini.

Lebih mengujakan pembaca cilik, terdapat komik menarik yang turut disediakan bagi menawan hati pembaca cilik. Novel sains berkomik yang direka khas kepada peminat ini pastinya dapat menjadi pencetus semangat kepada anak-anak dalam menempuh sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Buku sains berkomik, Tim Best: Eksperiment Pertama ini mengisahkan sekumpulan remaja di sekolah rendah yang meminati subjek sains dan sering melakukan eksperimen sains dan teknologi.

Dapatkan buku sains berkomik ini pasaran bermula awal tahun ini. Tuan dan puan juga boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dan mendapatkan diskaun istimewa di kedai buku online PTS.


(Sumber: Berita PTS)

Tim BEST: Eksperimen Pertama. Edisi Baru.


Selepas ini pasti Tim BEST 3 dikejar. Kak Umi suka kejar-kejar! :D

Salam Sayang,

Monday, December 5, 2011

Sabtu ini 10 Disember! 4 Puteri muncul di Pesta Buku Popular. Terminal 1, Seremban.

Aktiviti Cuti Sekolah! 
Ayuh kita ke Pesta Buku Popular, Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan (Baca di sini)

4 Puteri akan berjumpa adik-adik di sana! 

Tarikh: Sabtu 10 Disember
Jam: 2-4 petang .-
Lokasi: Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan

Jumpa di sana. Pasti BEST! :D

Sabtu ini 10 Disember! 4 Puteri muncul di MPH Carnival

Aktiviti Cuti Sekolah! 
Ayuh kita ke MPH Carnival 2011 di Mid Valley! 

4 Puteri akan berjumpa adik-adik di sana! 

Tarikh: Sabtu 10 Disember
Jam: 10-12 tengah hari.
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre, Mid Valley Mega Mall

Jumpa di sana. Pasti BEST! :D

http://pts.com.my/index.php/aktiviti/mengembara-bersama-empat-puteri/

Ahad ini 11 Disember 2011! Tim BEST di MITC, Melaka.



Aktiviti Cuti Sekolah!

Pesta Buku Catchnews@Mydin MITC, Melaka 

Mari kita lakukan eksperiman Tim BEST bersama-sama Umi Danial

Ahad 11 Disember 12 tengah hari - 2 petang

Jumpa Ahad ini! Pasti BEST!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails