Sunday, June 5, 2011

Umi Danial Bawa Eksperimen Sains ke Pentas Read Malaysia 2011

oleh Roziyah Mahamad • 26 May 2011 7:55 AM


Sumber: http://pts.com.my/index.php/berita/umi-danial-bawa-eksperimen-sains-ke-pentas-read-malaysia/


Umi Danial yang popular dengan buku Tim BEST kembali beraksi dengan eksperimennya yang mengujakan.
  
Melalui Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Umi Danial hadir bagi menjalankan eksperimen berdasarkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora & Fauna.
Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails