Monday, May 23, 2011

Novel Remaja Terbaru! Pilih Lesen Apa

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?

Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM! Alya tidak perlu sibuk belajar lagi. Tidak perlu buka buku lagi! Sukanya! Mahu lakukan aktiviti apa sepanjang tiga bulan ini? Perlu buat pilihan!

Kata ibu, belajar memasak dengannya. Kata kakak, pergilah mencari pengalaman baru. Kata abang… abang tidak membantu langsung! Kata nenek, ambillah lesen motosikal. Kata ayah, pilihan di tangan Alya.

Apakah pilihan yang diambil oleh Alya?


Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-5783-84-5
Tarikh Terbit: 11 May 2011
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sunday, May 22, 2011

Eksperimen Sains Tim BEST di Read Malaysia 2011

Umi Danial & Tim BEST bersama pengunjung Read Malaysia 2011 

oleh Roziyah Mahamad • 20 May 2011 3:19 PM
 

Umi Danial yang popular dengan buku Tim Best kembali beraksi dengan eksperimennya yang mengujakan.
Melalui Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Umi Danial hadir bagi menjalankan eksperimen berdasarkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora & Fauna. 

Tuan dan puan seisi keluarga dijemput hadir dan memeriahkan sesi eksperimen bersama Umi Danial di Pentas Utama, Pesta Buku Read Malaysia 2011 pada 28 Mei ini bermula dari jam 1 petang.

Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Artikel asal di : http://pts.com.my/index.php/berita/umi-danial-dan-tim-best-bersama-pengunjung-read-malaysia/

Monday, May 2, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 memang BEST!

Alhamdullillah. Akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berakhir dengan jayanya.

Tahun ini sedikit berbeza kerana ada Sesi Eksperimen Sains Tim BEST di Booth PTS!

Tarikh 29hb April 2011, hari Jumaat, pasti tersemat di minda 10 peserta cilik yang turut serta dalam eksperimen / aktiviti yang dijalankan. Memang SERONOK!

Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menyusun 9 planet di Sistem Suria Kita. Apakah susunan 9 planet yang betul, dari Matahari? *Jawapannya ada dalam buku Eksplorasi Flora dan Fauna, muka surat 163 & 164.

9 planet yang tersusun di dalam Sistem Suria kita

Si matahari yang comel!

Si Utarid

Si Zuhrah

Si Bumi

Si Marikh

Si Musytari

Si Zuhal. Eh? Mana planet?

Tiga serangkai yang terakhir, Si Uranus, Si Neptun dan Si Pluto

Si Pluto yang ceria!

Teknik mengingati susunan 9 planet dengan mudah



Eksperimen yang dijalankan adalah Eksperimen Sistem Respirasi. Mudah dilakukan sendiri! Ada di dalam buku Eksperimen Pertama, muka surat 72, 73 & 74.

Begini langkahnya...

Begini rupanya...


Berusahalah!

Lihat, apabila belon ditarik, 'paru-paru' kita kembang.


Sudah siap!


Gambar beramai-ramai sebelum bersurai. Seronok buat eksperimen sains!



Sesi Ekperimen Sains yang memang BEST!

 Jumpa lagi di sesi eksperimen sains yang akan datang!

 Salam Sayang,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails