Thursday, December 29, 2011

Empat Puteri di Pesta Buku MPH Alamanda, Putrajaya 31 Disember 2011



4 Puteri Jelita & Puteri Damia Muncul di Alamanda, Putrajaya

 
Tarikh: Sabtu. 31 Dec • 12pm - 1pm

Tempat: Pesta Buku MPH Alamanda, Putrajaya 
 

Penulis buku "Pengembaraan 4 Puteri" iaitu Izzah Huzairah, Umi Danial, Waida Yusof & Leen Shazmi bersama Ida Munira selaku penulis buku "Puteri Damia" akan membuat kemunculan di Alamanda, Putrajaya bagi menjayakan program bertemu peminat. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung. Jangan lepaskan peluang bertemu mereka di sana.


(Sumber: Berita PTS)

Hadiah Tahun Baru: Tim Best Kini Berwajah Baru

Hadiah Tahun Baru: Tim Best Kini Berwajah Baru

oleh Roziyah Mahamad • 30 Dec 2011 12:03 PM

Sempena tahun baru ini, PTS Pop Sdn Bhd membawakan hadiah terbaik kepada peminat buku fiksyen Sains kanak-kanak.

PTS Pop menampilkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dengan wajah baru yang lebih mengujakan pembaca.

Melalui grafik yang lebih menarik, berwarna-warni dan mengujakan ini, buku Eksperimen Pertama ini pastinya menjadi kegilaan kanak-kanak yang menggemari buku berbentuk fiksyen sains ini.

Lebih mengujakan pembaca cilik, terdapat komik menarik yang turut disediakan bagi menawan hati pembaca cilik. Novel sains berkomik yang direka khas kepada peminat ini pastinya dapat menjadi pencetus semangat kepada anak-anak dalam menempuh sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Buku sains berkomik, Tim Best: Eksperiment Pertama ini mengisahkan sekumpulan remaja di sekolah rendah yang meminati subjek sains dan sering melakukan eksperimen sains dan teknologi.

Dapatkan buku sains berkomik ini pasaran bermula awal tahun ini. Tuan dan puan juga boleh melayari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online dan mendapatkan diskaun istimewa di kedai buku online PTS.


(Sumber: Berita PTS)

Tim BEST: Eksperimen Pertama. Edisi Baru.


Selepas ini pasti Tim BEST 3 dikejar. Kak Umi suka kejar-kejar! :D

Salam Sayang,

Monday, December 5, 2011

Sabtu ini 10 Disember! 4 Puteri muncul di Pesta Buku Popular. Terminal 1, Seremban.

Aktiviti Cuti Sekolah! 
Ayuh kita ke Pesta Buku Popular, Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan (Baca di sini)

4 Puteri akan berjumpa adik-adik di sana! 

Tarikh: Sabtu 10 Disember
Jam: 2-4 petang .-
Lokasi: Kompleks Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan

Jumpa di sana. Pasti BEST! :D

Sabtu ini 10 Disember! 4 Puteri muncul di MPH Carnival

Aktiviti Cuti Sekolah! 
Ayuh kita ke MPH Carnival 2011 di Mid Valley! 

4 Puteri akan berjumpa adik-adik di sana! 

Tarikh: Sabtu 10 Disember
Jam: 10-12 tengah hari.
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre, Mid Valley Mega Mall

Jumpa di sana. Pasti BEST! :D

http://pts.com.my/index.php/aktiviti/mengembara-bersama-empat-puteri/

Ahad ini 11 Disember 2011! Tim BEST di MITC, Melaka.



Aktiviti Cuti Sekolah!

Pesta Buku Catchnews@Mydin MITC, Melaka 

Mari kita lakukan eksperiman Tim BEST bersama-sama Umi Danial

Ahad 11 Disember 12 tengah hari - 2 petang

Jumpa Ahad ini! Pasti BEST!

Wednesday, November 23, 2011

Puteri Mawar. Bertukar!


Puteri Mawar dan 3 puteri lain, Puteri Orked, Puteri Seri Seroja, Puteri Cempaka Sastra akan muncul di Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Hari Sabtu 26 November 2011. Jam 2 petang. Jumpa di sana!

Ini jemputan rasmi ke majlis itu: https://www.facebook.com/messages/?action=read&tid=id.320482667978808#!/notes/ainmaisarah-novelis/jemputan-rasmi-kepada-semua-rakan-facebook-ainmaisarah/259533054094889

Tuesday, November 22, 2011

Eksperimen Sains Tim BEST di Perjumpaan Pembaca Ain Maisarah. Ahad 27 November 2011.

Mari kita sama-sama buat eksperimen sains Tim BEST!

Lokasi: Perjumpaan Pembaca AinMaisarah di Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh: Ahad - 27 November 2011.
Masa: 12tgh - 1 petang.

Memang BEST! Jumpa di sana. :D

Tuesday, November 15, 2011

Tim BEST di Pesta Buku Catchnews@Mydin MITC, Melaka

Pesta Buku Catchnews@Mydin MITC, Melaka

Mari kita lakukan eksperiman Tim BEST bersama-sama!


Ahad 11 Disember 12 tengah hari - 2 petang

Pasti BEST!


Saturday, October 15, 2011

Terima kasih semua! Memang BEST!

Alhamdullillah!
Sesi Eksperimen Sains Tim BEST di MPH Midvalley berjalan lancar.
Terima kasih kepada adik-adik yang cukup sporting dan sahabat semua yang memberikan sokongan.

Memang BEST!

Bertemu lagi di Sesi Eksperimen Sains Tim BEST yang lain!

*Gambar aktiviti akan dikongsikan pada masa terdekat. :D
 
*Kredit foto: Puan Husna Adnan
 
 Salam sayang, 

Sunday, October 9, 2011

15 Oktober 2011: Sesi eksperimen Tim BEST bersama Umi Danial

Mari kita sama-sama melakukan eksperimen sains Tim BEST yang ringkas, mudah dan menyeronokkan!

Sesi eksperimen sains Tim BEST bersama Umi Danial yang seterusnya

Lokasi: MPH, Mid Valley, Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 15 Oktober 2011
Masa: 2 - 3 petang

Jumpa di sana. Pasti BEST!
 
 Salam sayang,



 

Monday, September 19, 2011

Akan Datang: Eksperimen Sains Tim BEST di Kuala Lumpur. Oktober 2011.

Khas bagi adik-adik di kawasan lembah klang. Insyallah, bulan hadapan, Oktober 2011, Umi Danial akan bersama-sama adik-adik melakukan eksperimen Tim BEST yang mudah dan menyeronokkan. 

Di mana? Tarikhnya? Masanya? 
Insyallah, akan diumumkan tidak lama lagi. Tunggu ya! :D
 Salam sayang,

 
 
 

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya kepada semua pembaca siri Tim BEST!

Semoga ceria suka hati di Aidilfitri. :D

Salam Sayang,

Persiapan Aidilfitri

Ramadhan kian melabuhkan tirainya,
Persiapan mula dilakukan secara berperingkat.
Aidilfitri kian menjelma beberapa hari sahaja,
Tim BEST belajar menganyam ketupat!

Kawan-kawan pandai menganyam ketupat?
Salam Sayang,

 

Sunday, June 5, 2011

Umi Danial Bawa Eksperimen Sains ke Pentas Read Malaysia 2011

oleh Roziyah Mahamad • 26 May 2011 7:55 AM


Sumber: http://pts.com.my/index.php/berita/umi-danial-bawa-eksperimen-sains-ke-pentas-read-malaysia/


Umi Danial yang popular dengan buku Tim BEST kembali beraksi dengan eksperimennya yang mengujakan.
  
Melalui Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Umi Danial hadir bagi menjalankan eksperimen berdasarkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora & Fauna.
Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Monday, May 23, 2011

Novel Remaja Terbaru! Pilih Lesen Apa

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?

Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM! Alya tidak perlu sibuk belajar lagi. Tidak perlu buka buku lagi! Sukanya! Mahu lakukan aktiviti apa sepanjang tiga bulan ini? Perlu buat pilihan!

Kata ibu, belajar memasak dengannya. Kata kakak, pergilah mencari pengalaman baru. Kata abang… abang tidak membantu langsung! Kata nenek, ambillah lesen motosikal. Kata ayah, pilihan di tangan Alya.

Apakah pilihan yang diambil oleh Alya?


Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-5783-84-5
Tarikh Terbit: 11 May 2011
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sunday, May 22, 2011

Eksperimen Sains Tim BEST di Read Malaysia 2011

Umi Danial & Tim BEST bersama pengunjung Read Malaysia 2011 

oleh Roziyah Mahamad • 20 May 2011 3:19 PM
 

Umi Danial yang popular dengan buku Tim Best kembali beraksi dengan eksperimennya yang mengujakan.
Melalui Pesta Buku Read Malaysia yang diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City, Umi Danial hadir bagi menjalankan eksperimen berdasarkan buku Tim Best: Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora & Fauna. 

Tuan dan puan seisi keluarga dijemput hadir dan memeriahkan sesi eksperimen bersama Umi Danial di Pentas Utama, Pesta Buku Read Malaysia 2011 pada 28 Mei ini bermula dari jam 1 petang.

Read Malaysia yang bermula daripada 27 Mei sehingga 5 Jun bertemakan Buku, Pendidikan dan Pengetahuan ini dapat membuka peluang kepada peminat buku tempatan mendapatkan buku-buku menarik selain bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis hebat di Malaysia.

Temui PTS di booth M16 dan M21 melalui Read Malaysia yang diadakan pada 27 Mei hingga 5 Jun ini.

Artikel asal di : http://pts.com.my/index.php/berita/umi-danial-dan-tim-best-bersama-pengunjung-read-malaysia/

Monday, May 2, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 memang BEST!

Alhamdullillah. Akhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berakhir dengan jayanya.

Tahun ini sedikit berbeza kerana ada Sesi Eksperimen Sains Tim BEST di Booth PTS!

Tarikh 29hb April 2011, hari Jumaat, pasti tersemat di minda 10 peserta cilik yang turut serta dalam eksperimen / aktiviti yang dijalankan. Memang SERONOK!

Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menyusun 9 planet di Sistem Suria Kita. Apakah susunan 9 planet yang betul, dari Matahari? *Jawapannya ada dalam buku Eksplorasi Flora dan Fauna, muka surat 163 & 164.

9 planet yang tersusun di dalam Sistem Suria kita

Si matahari yang comel!

Si Utarid

Si Zuhrah

Si Bumi

Si Marikh

Si Musytari

Si Zuhal. Eh? Mana planet?

Tiga serangkai yang terakhir, Si Uranus, Si Neptun dan Si Pluto

Si Pluto yang ceria!

Teknik mengingati susunan 9 planet dengan mudah



Eksperimen yang dijalankan adalah Eksperimen Sistem Respirasi. Mudah dilakukan sendiri! Ada di dalam buku Eksperimen Pertama, muka surat 72, 73 & 74.

Begini langkahnya...

Begini rupanya...


Berusahalah!

Lihat, apabila belon ditarik, 'paru-paru' kita kembang.


Sudah siap!


Gambar beramai-ramai sebelum bersurai. Seronok buat eksperimen sains!



Sesi Ekperimen Sains yang memang BEST!

 Jumpa lagi di sesi eksperimen sains yang akan datang!

 Salam Sayang,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails