Tuesday, September 28, 2010

Apakah Kisah Pari-Pari Kegemaran Kamu?



Kisah apakah ini? (Gambar dari Google)
Pada ahad lepas, 26 September 2010, saya menghadiri Bengkel Penulisan Buku Sastera Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh Pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd. 

Seronok dapat berjumpa dengan semua rakan penulis, terutamanya selepas hampir sebulan berehat, kerana bengkel tidak diadakan pada bulan puasa. 

Seronok juga melihat ramai muka-muka baru yang hadir pada bengkel itu. Ini adalah perkembangan positif dalam dunia penulisan. Ternyata ramai yang teruja mahu menjadi penulis, terutamanya penulis buku sastera kanak-kanak! Lebih meriah! 

Topik fokus dalam bengkel kali ini adalah penulisan kisah pari-pari ataupun fairytale 

Ciri-ciri kisah pari-pari:


Kumpulan sasaran adalah si cilik berumur 5 dan 6 tahun. 


Kisah pari-pari perlu dibacakan kepada mereka.Ini kerana mereka sendiri belum fasih membaca.


Tujuannya adalah bagi mencerahkan kekeliruan yang berlaku. Si cilik masih dalam proses eksplorasi diri. Jadi masih banyak perkara yang mengelirukan mereka. Perkara seperti tindakan betul dan salah, jantina lelaki dan perempuan, benda yang boleh dilakukan atau tidak. 


Kisah pari-pari yang dibacakan, adalah seperti terapi jiwa kepada si cilik. Ia adalah ubat yang mujarab bagi merawat segala kekeliruan yang berlaku. 


Sesi penceritaan perlu dilakukan dengan penuh bersemangat dan disulami dengan sesi lakonan yang mengujakan. 

Kisah pari-pari adalah kisah yang penuh enchantment dan pasti teruja mendengarnya. Banyak kisah pari-pari yang evergreen, kerana ia dibacakan semasa kita masih kecil dan ia masih tersemat di minda sehingga kini.  
Siapakah keenam puteri ini? Apakah kisah mereka? (Gambar dari Google)



Apakah kisah pari-pari kegemaran kamu? 


Salam sayang,

Wednesday, September 22, 2010

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

Sebagai pencinta buku, sememangnya seminar ini menarik minat saya. Walaupun pada mulanya sedikit mencabar kerana hampir tidak dapat menghadirinya, namun pada saat akhir, Tuhan memudahkan segala urusan yang ada. Alhamdullillah!

Pada jam 8.30 pagi, 21 September 2010, akhirnya tiba  di Wisma ITNM di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya dan cikpuan Azzah, tiba di sana dengan selamat menggunakan pengangkutan awam --> Komuter, LRT (Star & Putra), dan akhirnya menaiki teksi. Pagi-pagi sudah adventur! Rakan saya itu lagilah, sudah bertolak dari rumahnya pada jam 6.15 pagi! Tabiklah! :D

Tiba di ITNM, kami pun mendaftarkan diri. Kami datang sebagai kumpulan gerakan Baca@LRT, Baca@Komuter, mendapat kadar yuran yang istimewa. Terima kasih ITNM atas jemputan ke majlis ilmiah ini.


Sehari suntuk, jadual penuh dengan pelbagai kertas kerja yang dikongsikan dengan semua yang hadir.
Tema Seminar ini adalah 'Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan.'

YBhg. Dato' Mohamed Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat. Tidak kenal siapa LAT? Beliau adalah kartunis terkenal di Malaysia dan di seluruh dunia. Karyanya sudah diterjemah kepada beberapa bahasa antarabangsa, termasuk bahasa german, jepun, perancis dan arab.

Berikut adalah karyanya yang pernah muncul di akhbar, (ditemui apabila digoogle)



Ini adalah antara karyanya yang terulung, yang sudah diterjemah kepada beberapa bahasa antarabangsa.



YBhg. Dato' Mohamed Nor Khalid (Lat) kredit foto: Ikhram Mohd

Antara pembentang kertas kerja yang lain termasuk:

Dr Faisal Tehrani, Penulis Tersohor dan Pensyarah di Aswara. Kredit foto: Ikhram Mohd


Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Kredit foto Ikhram Mohd

Individu terakhir yang berkongsi pengalamannya sebagai penulis, penterjemah dan penerbit, adalah Ustaz 'Abdullah Al-Qari Haji Salleh. Beliau mula menulis pada umurnya 15 tahun. Kini, beliau sudah menghasilkan lebih 300 karya sendiri dan terjemahan dalam pelbagai bidang, termasuk bidang pengajian Islam, perubatan, umum, bahasa dan sastera, sajak, kamus dan eksiklopedia. Memang hebat! Kini beliau berusia 73 tahun. Apabila bertanya mengenai rutin kerja penulisan dan penterjemahan, beliau menjawab akan bekerja dan terus bekerja menghasilkan karya yang dapat memandaikan pembacanya. Beliau juga sempat berseloroh, "...saya berehat apabila di dalam kubur...". 

Ustaz 'Abdullah Al-Qari bersama Geng Baca@LRT (Kredit foto Firdaus Ariff)

Nyata, inilah semangat jitu yang perlu dicontohi oleh semua penulis. Saya juga terkesima mendengar kata-kata hikmah dan motivasi yang dikongsi oleh beliau. 

"Janganlah anda cipta sesuatu karya selain yang menghiburkan anda di hari pembalasan."

Salam Sayang,

Komik Sains dari Korea

Pernah melihat komik ini di kedai buku berhampiran?


Ahli Tim BEST memang suka baca komik ini. Komik yang sudah diterjemah ke bahasa melayu ini memang sesuai bagi kanak-kanak lasak dan bijak! Ada 12 komik dalam siri komik sains ini. 

Komik memang menyeronokkan! Banyak perkara dapat dipelajari apabila membaca komik. Terutamanya komik Sains. Kenapa?

Sebab Sains itu BEST! :D

Salam Sayang,

Monday, September 13, 2010

Tim BEST Berhari Raya

Tim BEST belajar menganyam ketupat! Ini juga eksperimen yang menyeronokkan!




Danial dan Jasmin berbaju baru

Terima kasih kak Faiz atas gambar-gambar yang comel ini. http://www.faizartwork.blogspot.com/


Salam sayang,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Saya mahu mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, pembaca buku Tim BEST, teman, sahabat, rakan dan taulan.

Semoga kehidupan ini bertambah berkat dan bahagia selalu. Insyallah. Amin! :D



Salam sayang,



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails