Wednesday, August 25, 2010

Hari ini 16 Ramadan 1431 Hijrah

Masa berlalu pantas. Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah masuk hari ke-16, umat Islam berpuasa.

Ada yang seronok kerana inilah tahun pertama berpuasa penuh.
Ada yang seronok kerana berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan sepanjang tempoh berpuasa.
Ada yang seronok kerana dapat menunaikan solat tawarih beramai-ramai di masjid.
Ada yang seronok kerana ahli keluarga dapat berkumpul pada setiap petang, berbuka bersama-sama.
Ada yang seronok kerana bertemu juadah istimewa yang tumbuh bagaikan cendawan.
Ada yang seronok kerana dapat memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. 

Namun, di kala keseronokkan itu, ada juga perkara yang tidak menyenangkan.

Tidak seronok kerana tidak sanggup merentas lautan manusia di bazar ramadan.
Tidak seronok kerana asyik membaca berita bayi dibuang pada setiap minggu.
Tidak seronok kerana asyik membaca berita yang menyedihkan di dada berita seperti kemalangan dan pembunuhan.
Tidak seronok kerana ada berita kanak-kanak putus jari, kaki, tangan kerana bermain mercun.
Tidak seronok kerana ada ibu-ibu yang ditangkap kerana menjual mercun yang dilarang oleh undang-undang.
Tidak seronok kerana masih ada yang mempersendakan Islam dan bulan ramadan itu sendiri.

Apa yang dapat kita lakukan?

Bersangka baiklah atas apa sahaja yang berlaku.
Bersangka baiklah kepada semua saudara seislam kamu.
Bersangka baiklah atas apa yang dilihat dan didengari.
Setiap kejadian itu, pasti ada hikmah disebaliknya.
Berusaha meningkatkan diri dalam apa jua cara sekalipun.
Insyallah, semoga kita semua mendapat hidayah dan Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan. Amin!

Danial: 1 tahun setengah




Salam sayang,

Monday, August 16, 2010

Sumbangan Kecil, Besar Maknanya


Alhamdullillah. 

Program Baca@Sekolah yang pertama, tamat dengan jayanya.Terpancar kegembiraan penuh keceriaan di wajah adik-adik di Asrama Anak Yatim & Miskin, Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.
Sebelum ini, tidak ada sebarang bahan bacaan yang dapat menceriakan hari mereka kerana tidak pernah wujud perpustakaan di asrama ini. 
Mereka mahu membaca di mana-mana, tetapi tidak ada bahan bacaan, bagaimana mahu membaca?

Lihatlah keseronokkan anak-anak ini yang ditemui pada ahad lepas. Keseronokkan yang tidak terhingga apabila perpustakaan mini ini berjaya diwujudkan.

Bersama Tuan Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah No 1 Malaysia. (Gambar oleh Cikpuan Roziyah)

Serbu! Kami mahu membaca di mana-mana (gambar oleh cikpuan Roziyah)

Inilah sebahagian daripada Perpustakaan Mini (gambar oleh cikpuan Roziyah)

Khusyuk membaca sehingga tidak sedar gambar diambil! (gambar oleh cikpuan Roziyah)

Marilah kita membaca! (gambar oleh cikpuan Roziyah)

Alhamdullillah, dipanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt. Sesungguhnya usaha murni daripada tim Baca@..., (termasuk tim Baca@Komuter, Baca@LRT, Gerakan Membaca Sambil Menunggu) ini adalah usaha yang patut diteruskan pada masa hadapan. 

Sumbangan yang kecil ini, besar maknanya kepada mereka! 

Ayuh, mari kita membaca di mana-mana! :D 


Salam sayang,


 



Sunday, August 15, 2010

Kejadian Ahad, 15 Ogos 2010

Inilah al kisah, peristiwa bersejarah, 
Dalam kalendar 5 Ramadan, bulan mulia, 
Cuaca cerah, perjalanan dipermudah, 
Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan, kami bersua.

Assalamualaikum, 
Ahad, 15 Ogos 2010. 

Lebih kurang jam 7.30 pagi, Danial dan Uminya bergerak dari rumah ke destinasi yang dijanjikan dengan teman. Trafik pada pagi itu agak lengang. Mungkin kerana hari itu hari minggu dan ramai yang masih lena dibuai mimpi, selepas menunaikan Subuh di pagi hari. 

Jam 8.05 pagi. Mula bertolak ke Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Rancangannya, bertemu di Masjid Rembau pada jam 9.00pagi. Memang hebat pemandu pada pagi itu! Cik puan Waida memandu dengan penuh semangat! Danial yang memang suka berjalan, duduk diam di dalam kereta. Umi menyangka Danial akan duduk diam di sepanjang perjalanan. Mimpilah! Selepas seketika, dia sudah menepuk kerusi ala-ala memukul rebana, dan mula menyanyi! Alahai. 


Jam 9.00 pagi. Awal-awal lagi Waida sudah bertanyakan arah ke masjid itu, jadi kami tiba dengan selamat, tanpa peristiwa jejak kasih, sesat entah ke mana. Syukur, Alhamdulillah.Selamat tiba di Masjid Rembau. Tuan Fazla dan dua pengawal peribadinya sudah ada di sana. Danial seronok berjumpa dua rakannya itu. "Itu kawan Danial!" katanya penuh teruja. Masih ingat rakannya yang ditemui semasa program Baca@Lrt Februari 2010. Kemudian, bermulalah proses menunggu tim yang lain tiba di masjid itu.

Si Cilik Pelbagai Ragam

Jam 9.45 pagi: Semua kenderaan yang ditunggu sudah tiba di Masjid Jamek An-Nur Rembau. Ayuh, kita bergerak ke destinasi pilihan. Mahu ke mana? 

(Gambar oleh Tuan Fazla)
Jam 10.00pagi. Inilah destinasi kami. :D

(Gambar oleh Tuan Fazla)
Jam 10.45 pagi: Akhirnya program bermula.Bayangkan Danial yang aktif dan lincah ke sana dan ke mari selama 45 minit! Suara dia sahaja yang berkumandang di dalam dewan kecil itu. Alahai. Sabar, bulan mulia penuh cabaran.

Rupanya tatkala kami menunggu, mereka sedang merancang sesuatu. Sambutan meriah yang tidak disangka. Rancangannya adalah upacara sederhana sebagai simbolik penyerahan sumbangan buku yang akan disusun di  perpustakaan mini. Namun, rupanya ada seperti majlis formal pula. (Ada 2 persembahan menarik daripada pelajar di situ!)

Bermula dengan bacaan doa. Kemudian, diikuti sketsa ringkas, kisah Gembala Kambing dan Serigala. Pelajar di sini sememangnya berbakat. Walaupun ia seperti persembahan impromtu, tetapi ia tetap menghiburkan! 

Seterusnya, adalah ucapan Yang DiPertua Jemaah Pengurus Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Tuan Haji Edrus bin Adam. 

(Gambar oleh Cik puan Roziyah)

Diikuti dengan ucapan daripada Cikpuan Azzah Abdul Rahman selaku penyelaras Baca@Sekolah. 
(Gambar oleh Cik puan Roziyah)
Akhirnya, ucapan daripada Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah nombor 1 Malaysia.

(Gambar oleh Cik puan Roziyah)
Selepas sesi penyampaian buku, acara seterusnya adalah menyusun semua buku yang dibawa dan mewujudkan perpustakaan mini di asrama ini. 

Inilah perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua! 

(Gambar oleh Cikpuan Roziyah)


Salam sayang,


 

Hikmah di Sebalik Kejadian

Assalamualaikum

Semoga hari ini bertambah ceria.

15 Ogos 2010. Kalau diikutkan perancangan awal, Umi Danial sepatutnya menghadiri sesi rakaman program segmen buku @Kids on 2.

Namun, Tuhan mempunyai rancangan yang berbeza, kerana sesi rakaman program itu dibatalkan pada saat akhir.

Apabila mendapat tahu berita itu, Umi Danial membuat keputusan menyertai tim Baca@Komuter dan Baca@... yang lain ke Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Apakah tujuan kami ke sana? Nantikan entri seterusnya.

Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Insyallah. Amin!


Salam sayang,
 




Konvoi ke Ulu Gadong, Rembau 
(Gambar oleh Tuan Fadzla)

Monday, August 9, 2010

Ramadan Muncul Lagi

Insyallah, esok Ramadan muncul lagi.

Bersedia kita menerima kehadiran Ramadan?

Malam ini, perlu berniat berpuasa sebulan Ramadan.

Ini niat yang dibaca bagi sebulan puasa Ramadan:

Dalam bahasa melayu, ia berbunyi, "Sahaja aku puasa sebulan Ramadan kerana Allah Taala"

Dalam bahasa arabnya, "Nawaitu sauma syahri ramadana hazhi hissanati kullillahi taa'la"


Ada juga niat yang dibaca pada setiap hari.
Ini niat yang biasa dilafazkan.

Dalam bahasa melayu, "Sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadan kerana Allah Taala."
Dalam bahasa arab, "Nawaitu sauma ghadin a'n adaai fardhi syahri ramadhana hazhi hissanati lillahi taala."



Ingat juga doa berbuka puasa: 

Dalam bahasa melayu, bunyinya begini, "“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Dalam bahasa arabnya, bunyinya begini, "Allahumma laka sumtu wabika amantu waa'la rizqika aftartu birahmatikaya arhamarrahimin." 


Semoga Ramadan tahun ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Insyallah. Amin!

Salam sayang,
 

Wednesday, August 4, 2010

Tim BEST: Eksperimen Pertama di MyNews.com

Berita yang cukup menceriakan! :D

Novel Tim BEST: Eksperimen Pertama boleh didapati di MyNews





(MyNews = kedai serbaneka yang menjual surat khabar, majalah, buku, dan pelbagai barangan lain seperti minuman, makanan ringan dan sebagainya.)

Salam sayang,
 

Jemputan ke segmen Buku@Kids on 2, TV2

Assalamualaikum.

Hari ini mendapat berita gembira yang tidak disangka-sangka! Mendapat jemputan bagi sesi bersama penulis dalam segmen Buku@Kidson2, TV2.

Buku yang akan dikongsikan  adalah, Tim BEST: Eksperimen Pertama. :D

Teruja dan berdebar-debar sebenarnya. Apakah persiapan yang perlu dilakukan? Hmm...

Insyallah, akan dikongsikan pengalaman merakamkan segmen itu.

Sudah semestinya akan dikongsi tarikh siaran apabila diketahui kelak!

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Insyallah. Amin! :D

Buzz Buzz! :D

 


Salam sayang,
 

Srikandi Tim BEST


Assalamualaikum.

Inilah gambar dua srikandi dalam Tim BEST - Wong Soo Mei dan Jasmin Johari.

Mereka suka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Gambar di atas diambil apabila mereka sedang menghayati keindahan flora dan fauna, sambil mentelaah pelajaran.

Terima kasih kepada kak Faiz yang berkongsi gambar ini. Comel kan?
Kak Faiz memang hebat! Ini blognya: http://www.faizartwork.blogspot.com/

Kita semua perlu memelihara flora dan fauna di sekeliling kita supaya keindahan ini tahan lama.

*Flora  = Tumbuh-tumbuhan
*Fauna = Haiwan



Salam sayang,
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails