Wednesday, July 28, 2010

Kongsian | Lebih banyak Novel Sastera Sains

Marilah kita banyakkan membaca novel seperti ini. Pasti ada banyak informasi baru yang dapat dipelajari. Insyallah!

*************************************************

PTS Menambahkan Judul Sastera Sains untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Mempelajari sains di sekolah, mahupun buku-buku teks sains yang terbaik, kedua-dua faktor itu tidak berupaya mencetuskan minat mendalam pada jiwa kanak-kanak dan remaja bagi meminati ilmu sains dan bagi mencetuskan cita-cita mahu menjadi saintis.

Banyak sekali kisah yang pernah kita baca dalam biografi saintis saintis terkenal mereka melaporkan bahawa minat mereka dalam bidang sains tercetus semenjak masih kanak-kanak apabila mereka membaca buku cerita sains.

Demikianlah peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh buku-buku sains yang dipersembahkan dalam format cerita dalam proses melahirkan saintis pada masa hadapan.

PTS sudah, dan terus, menerbitkan lebih banyak judul buku-buku cerita yang berdasarkan sains untuk bacaan kanak-kanak dan remaja supaya mereka berminat menjadi saintis.

Sumber:http://universitipts.com/index.php/site/comments/pts_menambahkan_judul_satera_sains_untuk_kanak-kanak_dan_remaja/


Tim BEST: Eksperimen Pertama


Dunia Sains Aiman: Demam F1

Salam sayang,
 

Tuesday, July 27, 2010

Kongsian | Berikan buku sebagai hadiah Hari Raya

Tahun ini, mahu mula memberikan buku sebagai hadiah hari raya! Insyallah, pasti bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------

Tip Bisnes Buku: Kategori Buku-Buku yang Laku Keras Semasa Cuti Raya


Buku-buku yang laku semasa cuti sebelum dan selepas Hari Raya adalah:
(i) Novel awal remaja dan kanak-kanak.
Sebelum orang-orang muda yang mempunyai pelajaran tinggi dan bekerja di bandar-bandar besar pulang ke kampung bagi bercuti raya, mereka cenderung membeli dan membawa pulang buku-buku cerita remaja untuk adik-adik dan anak-anak saudara mereka sebagai cara menggalakkan mereka supaya suka membaca dan sebagai hadiah supaya lebih rajin belajar.
Selepas Hari Raya pula, para remaja mempunyai banyak wang raya, dan mereka menggunakan wang itu bagi membeli buku-buku kesukaan mereka.
(ii) Novel cinta.
Novel-novel cinta menjadi pilihan gadis-gadis muda yang membelinya sebelum pulang menaiki bas dan kereta api, di mana mereka mempunyai rancangan akan membaca novel itu dalam perjalanan dan apabila sudah tiba di kampung.
NOTA: Pada masa ini sudah mula kelihatan trend baru di mana kaum keluarga memilih buku sebagai hadiah kepada adik-adik dan sanak saudara.

Oleh Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Sumber: http://universitipts.com/index.php/site/comments/buku_yang_laku_keras_semasa_cuti_raya/

Salam sayang,
 

Tim Best 2: Nantikan Kemunculannya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Manuskrip novel Tim BEST 2 sudah siap. Pada ketika ini ia berada di tangan editor dan pihak ilustrator bagi proses editing dan ilustrasi. Insyallah, tidak lama lagi ia akan diterbitkan.

Semoga semua perancangan berjalan lancar can dipermudahkan olehNYA Insyallah! Amin! :D

Apa yang berlaku dalam Tim BEST 2?

Para pelajar Sekolah Rendah Sutera Kasih pergi outing bersama guru mereka.Tim BEST adalah antara tim yang terpilih. Bagi kebanyakan daripada mereka, ini adalah pengalaman yang pertama. Namun, ia tidak seronok seperti yang diharapkan. Malahan mereka dilanda bahaya pula! Apakah musibah yang berlaku? Bagaimana Tim BEST menyelesaikan cabaran yang dihadapi itu?

Nantikan kemunculan Tim BEST 2, tidak lama lagi! :D



Salam sayang,
 

Kuiz Tim BEST


Terima kasih kepada semua yang menyokong Tim BEST!

Kamu semua memang BEST!

Kuiz Tim BEST boleh didapati di muka surat terakhir novel Eksperimen Pertama.

Hantarkan jawapan ke umidanial@gmail.com

Jawapan yang tepat dan terbaik akan menerima buku Tim BEST 2 , diserikan dengan tandatangan pengarangnya!

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini.
Sains itu Seronok!
Sains itu BEST!
Tim BEST!

Salam sayang,
 

Tim Best: Eksperimen Pertama


Tim BEST: Eksperimen Pertama sudah keluar!

Harga: RM14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-004-6
Tarikh Terbit: 1 April 2010
Jumlah Muka Surat: 208

http://pts.com/index.php/buku/tim-best-eksperimen-pertama/

Tim BEST mengisahkan sekumpulan remaja di alam persekolahan. Sekolah dibuka semula selepas cuti persekolangan penggal akhir yang panjang. Semua gembira bertemu rakan semula. Tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran dan kejutan. Cikgu sains baru. Rakan pindah sekolah. Pelajar baru yang pelik. Pertandingan S&T.

Siapa cikgu sains baru?
Apa kejutan yang berlaku?
Kenapa pelajar baru itu sombong sangat?
Best sebenarnya buat eksperimen sains. Baru tahu!
Apa itu Tim BEST?
Apakah eksperimen pertama Tim BEST?

Tim BEST, kini di pasaran.

--------------------------

Terima kasih atas sokongan!

Selamat Membaca!
Semua pendapat yang membina amat dialu-alukan.


Salam sayang,
 

Lokasi bertema Sains - Petrosains


Apabila tiba hujung minggu atau waktu cuti sekolah, apakah lokasi pilihan bagi meluangkan masa bersama keluarga?

Ayuh, kita ke lokasi bertema sains yang ada di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain yang terpilih.

Apakah lokasi tema sains yang menjadi pilihan?

---------------------------------------------------------------------------------

1. Petrosains, The Discovery Center

Petrosains terletak di Tingkat 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Apa ada di Petrosains?

o Kereta Lumba F1 Sauber Petronas ada dipamerkan di Lobi Petrosains
o Perjalanan masuk menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak
o Pameran pelbagai peralatan berteknologi tinggi, disulam dengan budaya Malaysia yang unik
o Eksplorasi pelbagai proses dan teknik mencari petroleum
o Dunia inventor dan seni interaktif bagi si cilik kreatif dan bijaksana
o Kembali 200 juta tahun ke zaman purba, penuh dengan dinasour, alam hijau semesta
o Selamat datang ke Dunia sukan Formula 1
o Dunia Nano Molekul yang penuh keseronokan!
o Mahu naik ke pelantar minyak? Ada di sini!
o Pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh misteri
o Teater Ungku Umar, teater mini bagi menonton filem 3D
o Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bertemakan sains
o Perjalanan keluar menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak

Pengunjung digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu. Hubungi +603 2331 8181. Sistem tiket masuk adalah berdasarkan interval 30 minit. Sebagai contoh, kamu menempah tiket jam 11pagi sehingga 11.30pagi. Kamu perlu masuk ke Petrosains dalam tempoh itu. Apabila jam 11.31pagi, tempahan itu dibuka kepada pengunjung lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM12.00
Belia (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) – percuma
Warga Senior (Lebih 55 Tahun) - RM6.00

(Kadar istimewa ditawarkan kepada rombongan sekolah dan pengunjung kumpulan besar)

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 5 petang)
Selasa, Rabu, dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Jumaat: 1.30 petang - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Isnin: TUTUP

Maklumat lanjut, layari http://www.petrosains.com.my

------------------------------------------------------------------------------

Sains itu Seronok! Sains itu Best!

Salam sayang,
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails